USA dijadual akan mengadakan roadshow JELAJAH GPS (Gerakan Perpaduan dan Perubahan Sabah) yang merupakan sambungan daripada Borneo Tea Party (BTP) UBF yang dijalankan sebelum PRU13.
KOTA KINABALU: Satu gerakan baharu, United Sabah Alliance (USA), ditubuhkan untuk meneruskan program yang dimulakan oleh United Borneo Front (UBF) di bawah pimpinan Adun Bingkor Jeffrey Kitingan.
Selain UBF, USA dianggotai oleh Star Sabah yang juga dipimpin oleh Jeffrey, Angkatan Perubahan Sabah (APS) diketuai Adun Tamparuli Wilfred Bumburing, dan Sabah Progressive Party (Sapp) diketuai bekas Ketua Menteri, Yong Teck Lee.
USA dijadual akan mengadakan roadshow JELAJAH GPS (Gerakan Perpaduan dan Perubahan Sabah) yang merupakan sambungan daripada Borneo Tea Party (BTP) UBF yang dijalankan sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).
Kini, dinamakan semula sebagai JELAJAH GPS; objektif dan tema roadshow itu adalah Selamatkan Sabah dan Malaysia.
Bekas Menteri Kewangan Sabah Mohd Noor Mansor telah dilantik sebagai ketua USA. Beliau berkata bahawa ia merupakan satu penghormatan kerana dilantik untuk mengetuai USA dan ia satu tanggungjawab yang sangat berat dan memerlukan sokongan daripada semua pihak yang membentuk gerakan itu.
Pelbagai NGO telah ditubuhkan di Sabah untuk mendapatkan perhatian Kerajaan Persekutuan dan sesetengah NGO ini bergerak ke arah ekstremism yang mungkin boleh mengancam Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia, kata Mohd Noor.
Ekstremism dalam Sabah merupakan tindak balas kepada Umno-BN. Oleh itu GPS mahu memulakan gerakan untuk menyelamatkan Sabah daripada kedua-dua belah pihak politik dan sekaligus menyelamatkan Malaysia, kata pemimpin-pemimpin USA yang lain.
Mohd Noor berkata walaupun faktor usia dan kesihatan menjarakkan beliau dari politik dan aktiviti berkaitan, tetapi tema Selamatkan Sabah dan Malaysia telah menyentuh perasaannya dan bersedia melibatkan diri.
Ini kerana beliau sedar Sabah dan Malaysia tidak selamat daripada aktivis yang tidak bertanggungjawab dan mengancam keharmonian dan kesatuan rakyat Sabah.
Read more:
USA selamatkan Sabah daripada ekstremis